Tuesday 8 September 2015

Permohonan Kemasukan Murid Ke Sekolah Kawalan, Kelas Rancangan Khas, SMKA dan SABK Tahun 2016

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Kawalan, Kelas Rancangan Khas, SMKA dan SABK bagi Tahun 2016 akan dibuka mulai 01 September 2015 hingga 30 September 2015 melalui laman sesawang https://public.moe.gov.my/

Manual Permohonan Ibu Bapa/ Penjaga

Thursday 14 May 2015

Modul Melaka Gemilang (MMG) UPSR Negeri Melaka 2015



Surat makluman dan tindakan 
 
 
Muat turun melalui JPN Melaka
 
 
Muat turun Semua Modul Google Drive :
 

Monday 30 March 2015

Julat Gred Sekolah Rendah Untuk Tahun 2015

 
Untuk Perhation Ibu Bapa

Thursday 26 February 2015

Sedap Sajak A. Samad Said


Murid sekarang..Ya Allah amat menguji keimanan cikgu. Sabarlah cikgu..jgn hilang pertimbangan ..

Mana tak Melayu lemah
Di ajar sikit lah payah
Lewat sikit tak payah sekolah
Jeling sikit cikgu di marah 
Kuis sikit serang sekolah
Pukul sikit siaplah kes mahkamah

Beli buku tak mampu 
Hand phone pintar dlm saku
Mesyuarat PIBG nanti dulu
AJK PIBG hentam cikgu
Dapat bantuan aku dulu

Aku pelanggan
Aku raja
Naik kepala

Cikgu ajar patut patut
Nazir datang cikgu takut
PPD datang cikgu kecut
Fail selori mesti angkut
Cikgu takut bangsa semput

Buat dewan tak boleh guna
Duit habis berjuta
Buat sistem sama cerita
Lambat menyiput salahkan sever.

Cara dulu kata tak berkesan
Denda dan rotan ketingalan zaman
Kaedah termoden jadi amalan
Inilah jadinya genarasi idaman

Sepuluh tahun sudah berlalu
Masih sama macam dahulu
Anak bangsa makin tak tentu
Sampai bila kita nak tunggu
Tak siapa pun yang tahu
Kerana matlamat masih buntu...

Tuesday 13 January 2015

Penambahan tutorial "Learn English British"

 
Untuk penetahuan pengguna semua. blog sk lereh telah menambah tutorial untuk Learn English British yang diberi nama PHONEMIC CHART. tutorial ini menggunakan aplikasi "Flash".
 
applikasi ini juga mempunyai suara sebutan huruf tersebut, pengguna digalak menggunakan "HEADPHONE" bagi mendengar dengan lebih jelas.
 
Pihak Sekolah Berharap pengguna dapat belajar tanpa mempunyai sebarang masalah.
 
 

Sunday 11 January 2015

Selamat Kembali Ke Sekolah Sesi 2015


Setelah seminggu bercuti selepas pengumuman YAB Menteri Pendidikan Malaysia tentang penangguhan sesi persekolah akibat banjir, nampaknya murid-murid dan guru akan kembali ke sekolah pada 11 Januari 2015 bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu dan 12 Januari 2015 bagi negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya.


Selain itu, penundaan sesi persekolahn bagi sekolah-sekolah di negeri Perak, Pahang dan Kelantan yang masih terlibat dengan banjir, digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara atau mengalami kerosakan teruk termasuk keadaan berlumpur dan kotor serta masih tidak selamat untuk dijadikan tempat belajar bagi murid-murid akan memulakan sesi persekolahan pada 18 dan 19 Januari 2015.

Mari kita doakan semoga Rakan-rakan kita dapat bersekolah dengan cepat dan dipermudahkan segala kerja.