Thursday, 26 February 2015

Sedap Sajak A. Samad Said


Murid sekarang..Ya Allah amat menguji keimanan cikgu. Sabarlah cikgu..jgn hilang pertimbangan ..

Mana tak Melayu lemah
Di ajar sikit lah payah
Lewat sikit tak payah sekolah
Jeling sikit cikgu di marah 
Kuis sikit serang sekolah
Pukul sikit siaplah kes mahkamah

Beli buku tak mampu 
Hand phone pintar dlm saku
Mesyuarat PIBG nanti dulu
AJK PIBG hentam cikgu
Dapat bantuan aku dulu

Aku pelanggan
Aku raja
Naik kepala

Cikgu ajar patut patut
Nazir datang cikgu takut
PPD datang cikgu kecut
Fail selori mesti angkut
Cikgu takut bangsa semput

Buat dewan tak boleh guna
Duit habis berjuta
Buat sistem sama cerita
Lambat menyiput salahkan sever.

Cara dulu kata tak berkesan
Denda dan rotan ketingalan zaman
Kaedah termoden jadi amalan
Inilah jadinya genarasi idaman

Sepuluh tahun sudah berlalu
Masih sama macam dahulu
Anak bangsa makin tak tentu
Sampai bila kita nak tunggu
Tak siapa pun yang tahu
Kerana matlamat masih buntu...

Tuesday, 13 January 2015

Penambahan tutorial "Learn English British"

 
Untuk penetahuan pengguna semua. blog sk lereh telah menambah tutorial untuk Learn English British yang diberi nama PHONEMIC CHART. tutorial ini menggunakan aplikasi "Flash".
 
applikasi ini juga mempunyai suara sebutan huruf tersebut, pengguna digalak menggunakan "HEADPHONE" bagi mendengar dengan lebih jelas.
 
Pihak Sekolah Berharap pengguna dapat belajar tanpa mempunyai sebarang masalah.
 
 

Sunday, 11 January 2015

Selamat Kembali Ke Sekolah Sesi 2015


Setelah seminggu bercuti selepas pengumuman YAB Menteri Pendidikan Malaysia tentang penangguhan sesi persekolah akibat banjir, nampaknya murid-murid dan guru akan kembali ke sekolah pada 11 Januari 2015 bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu dan 12 Januari 2015 bagi negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya.


Selain itu, penundaan sesi persekolahn bagi sekolah-sekolah di negeri Perak, Pahang dan Kelantan yang masih terlibat dengan banjir, digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara atau mengalami kerosakan teruk termasuk keadaan berlumpur dan kotor serta masih tidak selamat untuk dijadikan tempat belajar bagi murid-murid akan memulakan sesi persekolahan pada 18 dan 19 Januari 2015.

Mari kita doakan semoga Rakan-rakan kita dapat bersekolah dengan cepat dan dipermudahkan segala kerja.

Monday, 25 August 2014

Kata-kata hikmah Kemerdekaan


YTM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
(31 Ogos 1957-22 Sept 1970)
Jangan sesiapa berfikir kita telah sampai ke penghujung jalan: Kemerdekaan memanglah sesuatu yang penting dalam sejarah kita tetapi ia hanyalah permulaan kepada usaha baru dan berdaulat.


TUN ABDUL RAZAK
(22 Sept 1970-14 Jan 1976)
Hari Kemerdekaan adalah besar maknanya bagi semua rakyat mengukuhkan tekad dan memperbaharui azam berusaha dengan lebih giat membina masyarakat adil dan makmur. Saya ingin saudara-saudara memandang ke dalam secara retrospektif dan bertanya pada diri sendiri apakah satu sumbangan bererti yang telah kita berikan untuk masyarakat dan negara

TUN HUSSEIN ONN
(15 Jan 1976-16 Julai 1981)
Kita telah sama-sama terlibat dan menyertai dalam perjuangan kemerdekaan tanah air kemudiannya mengisi kemerdekaan ini hendaklah sentiasa memberi pimpinan dan bimbingan kepada generasi muda ini, supaya memastikan bahawa segala asas yang telah dibina dan diperkukuhkan selama ini, bagi mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu, kukuh, progresif dan adil, dapat terus dipelihara dan dikekalkan.

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
(16 Julai 1981-31 Okt 2003)
Kita mampu mentadbir negara ini dan kita berupaya menangkis usaha untuk menjajah kita semula menerusi takanan ekonomi. Mari kita sama-sama berikrar untuk terus mempertahankan kemerdekaan demi bangsa, negara dan agama.

TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI
(31 Okt 2003-03 Apr 2009)
Kita adalah satu bangsa yang ingin maju dan berjaya. Kita ada peranan kita masing-masing...yang penting utamakan musyawarah kerana itu amalan demokrasi, kesusilaan, ketertiban di mana akhirnya perpaduan yang ditegakkan di atas prinsip-prinsip inilah yang akan menjamin masa depan yang baik.