Sejarah Sekolah

Kampung Lereh letaknya di pinggir pantai Selat Melaka berhampiran dengan Pekan Tanjung Kling.Jaraknya dari Bandar Melaka lebih kurang 10 km dalam perjalanan menghala ke Masjid Tanah. Lereh diambil nama bersempena dengan nama sebatang sungai yang berhampiran iaitu Sungai Lereh. Di kampung inilah terletaknya Sekolah Kebangsaan Lereh.

Sekolah Kebangsaan Lereh telah dibuka pada tahun 1915. Asal sekolah ini adalah daripada sebuah bangunan Kelab Golf yang berhampiran dengan padang golf. Sebelum tahun 1930 terdapat dua buah sekolah iaitu Sekolah Tanjung Kling dan Sekolah Batang Tiga yang telah dibina tidak jauh dengan Sekolah Kebangsaan Lereh (dulunya dikenali dengan nama Sekolah Melayu Lereh). Memandangkan kedua-dua sekolah berkenaan sangat hampir dengan Sekolah Kebangsaan Lereh, pihak Jabatan Pelajaran Melaka mengarahkan kedua-dua sekolah itu dicantum dengan Sekolah Melayu Lereh. Namanya ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Lereh. Keluasan sekolah ialah 5.5 ekar.

Bilangan murid bertambah setiap tahun . Dengan itu pada tahun 1955 sebuah lagi bangunan sekolah didirikan untuk menampung keramaian murid. Kemudian tahun 1956 sekolah mendapat kemudahan bekalan air paip. Pada tahun yang sama sekolah mengadakan Perjumpaan Hari Ibubapa yang pertama. Bekalan elektrik pula disalurkan ke sekolah pada tahun 1958 dan ditahun itu Bahasa Inggeris mula diperkenalkan kepada murid-murid sekolah melayu. Tahun yang sama juga ujudnya Lembaga Pengurus Sekolah yang dipengerusikan oleh Encik Abd. Rahman bin Hj.Muhiyiddin MDE,AMN.

Sebuah lagi bangunan yang lebih selesa dengan empat buah bilik darjah didirikan pada tahun 1960. Pada tahun itu juga Sekolah Kebangsaan Lereh telah mendapat tempat pertama di seluruh Melaka dalam menduduki Peperiksaan Sekolah Menengah iaitu dengan mendapat kelulusan 84.3%. Kelas murid-murid pekak dan bisu diperkenalkan pada tahun 1962 dengan bilangan murid seramai 11 orang. Apabila sistem KBSR mula diperkenalkan pada tahun 1982 , Sekolah Kebangsaan Lereh telah terpilih sebagai sekolah percubaan dengan murid seramai 483 orang mengikuti sistem tersebut.

Bangunan sekolah telah ditambah . Kini sekolah mempunyai 2 bangunan 4 tingkat dan 1 bangunan 2 tingkat. Sekolah Kebangsaan Lereh telah melahirkan ribuan anak didik dan diantara bekas pelajar yang berjaya yang boleh dibanggakan ialah Tuan Haji Zainal bin Yusof (bekas Penyelia sekolah-sekolah), Tuan Haji Yaakop b. Ideris (bekas Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia), Datuk Wira Ahmad Nordin b. Mohd.Amin (Peguambela dan Peguamcara,bekas Exco Kerajaan Melaka), Pn. Hjh.Saleha bt. Othman (bekas Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan,Jabatan Pelajaran Melaka) dan Datuk Hj.Yaakub b. Md. Amin (Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran dan PengajianTinggi Negeri Melaka)

Sehingga kini terdapat 27 orang guru besar yang pernah berkhidmat disekolah ini sejak tahun 1915.

Untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum serta sahsiah yang baik pihak sekolah menitikberatkan aspek-aspek berikut :
  • Aspk Pengurusan
  • Aspek Guru
  • Aspek murid
  • Aspek Ibubapa /PIBG.
Dengan bantuan semua pihak diharap Sekolah Kebangsaan Lereh akan bertambah maju dalam semua bidang terutama sekali pendidikan dimasa-masa akan datang.

1 comments:

  1. Ada seorang lagi, Tn Hj Abdul Aziz bin Abu Bakar, Pengarah Politeknik Melaka. Beliau bersekolah disitu 1965-1970. Akan bersara wajib pada 22hb November 2018.

    ReplyDelete